FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM(FAQ):

1) Bagaimana untuk menjadi ahli dropship ?

  • Untuk menjadi ahli dropship, boleh Klik sini untuk mendaftar.
  • Selepas Mendaftar, Sila SMS/Whatsapp Nama Anda ke 012-2288678.
  • Kami akan Verified maklumat anda terlebih dahulu dan akan memaklumkan menerusi SMS/Whatsapp selepas mendapat Approval.

2) Dimanakah kami boleh mendapatkan katalog gambar kacamata dan maklumat produk kacamata untuk diletakkan dikedai online kami ?

  • Anda boleh dapatkan gambar-gambar produk kacamata kami setelah mendaftar dengan kami, Kami akan berikan Link untuk anda download dimana album-album kacamata sudah siap di simpan dalam satu Folder mengikut kategori seperti di Website untuk memudah kan ejen.
  • Keterangan/description produk boleh ambil di Webiste ini.

3) Dimanakah kami boleh dapatkan senarai harga untuk ejen ?

Untuk senarai harga ejen anda boleh lihat selepas menjadi ahli yang sah. iaitu anda akan diberikan link ke website ejen yang akan memaparkan Harga Ejen.

Kami juga akan menghantar senarai harga Ejen beserta harga Retails menerusi email untuk memudahkan Ejen buat rujukan. Anda boleh save di Handphone atau PC anda atau Print di atas kertas untuk lebih mudah untuk anda membuat rujukan.

4) Bagaimana pula Harga kacamata yang saya perlu jual kepada customer?

Anda boleh menjual kepada customer pada harga retails yang iaitu harga asal yang tertera di website ini. 

5) Bolehkah saya bagi diskaun kepada pelanggan saya ?

Ya sudah tentu, Tetapi kami cadangkan anda jual mengikut harga seperti di website ini.  iaitu harga yang diletakkan(display price) di kedai anda samada di blog, facebook, mudah.my dan web lain. Jika pelanggan meminta diskaun barulah anda berikan mengikut kemahuan anda. Bagaimanapun kemahiran/skill jualan  adalah penting yang menentukan keuntungan anda.

6) Adakah stok sentiasa ada ?

Ya, kebanyakkan stok sentiasa ada terutama model2 yang hot dan yang laris. Anda boleh klik pada produk yang di cari untuk memastikan stock available atau out of stock seperti rajah di bawah:



7) Adakah harga ejen seperti yang tertera sudah termasuk Postage ?

Ya, harga yang tertera untuk ejen sudah termasuk kos Poslaju untuk Semenanjung sahaja. Walaubagaimanapun, untuk pengeposan ke Sabah & Sarawak anda perlu tambah RM4 daripada harga Ejen yg diberikan.

8) Bolehkah jika ingin membuat penghantaran ke luar negara seperti US ?

Ya, boleh. Untuk Pengeposan ke Luar Negara perlu tambah RM15 daripada harga Ejen yg diberikan.

9) Berapa hari barang akan sampai kepada pelanggan kami ?

Barang yang diposlaju akan sampai dalam masa 1 hingga 2 hari berkerja selepas menerima bayaran. Sebagai contoh, jika order yang kami terima sebelum jam 12 tengah hari, kami akan membuat penghantaran pada hari tersebut dan barang akan sampai pada hari esok/lusa.

Untuk barang yg di hantar keluar negara pula biasanya mengambil masa 1-2 minggu.

10) Adakah produk ini mempunyai warranty ?

  • Kami membuat jaminan untuk penghantaran. Jika barang yang sampai kepada pelanggan anda mempunyai masalah seperti lens pecah/ bingkai patah, kami akan gantikan dengan yang baru dengan syarat hendaklah memaklumkan kepada kami dalam masa 12 jam selepas barang diterima.
  • Pelanggan perlu pos semula kepada kami terlebih dahulu dengan memberi tracking number Poslaju.
  • Selepas pengesahan, kami akan menghantar semula yang baru.
  • Bagaimanapun, kes seperti kerosakan lens dan bingkai jarang berlaku kerana kami telah membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran didalam kotak yang keras dan selamat.

11) Bolehkah sekiranya pelanggan ingin menukar size ?

Ya, boleh, tetapi pelanggan anda perlu memasukkan RM10 bersama barang yang hendak dikembalikan untuk menampung kos poslaju dan pembungkusan dari pihak kami.

12) Bagaimana jika pelanggan ingin menukar kepada model lain selepas barang diterima ?

Maaf, kami tidak dapat membenarkan pertukaran tersebut.

13) Adakah produk kami akan menjejaskan penglihatan ataupun akan mengakibatkan sakit kepala bila memakai terlalu lama seperti jenama Rayban kat pasar malam tuh ?

Tidak sama sekali. Kacamata yang kami jual mengandungi lapisan penghalang sinar UV yang melindungi retina mata daripada rosak. Retina mata yang terdedah pada sinar UV inilah yang menyebabkan sakit mata dan kepala.

14) Berapakah nilai penghalang UV yang ada pada lens ?

Nilai lapisan UV pada lens adalah 400UV Protection iaitu sama dengan yang ada pada lens original. Ini bermakna kualiti lens adalah sama 100percent dengan original lens.

15) Kenapa Ray-ban yang dijual di pasar malam hanya berharga RM10 ?

  • Ray-ban yang dijual di pasar malam adalah ray-ban murah yang tidak mempunyai gred sama sekali.
  • Lens hanya dibuat dari plastik keras dan tidak mempunyai UV protection yang boleh menyebabkan sakit kepala jika pakai terlalu lama.
  • Walaupun terdapat sticker yang mengatakan ade perlindungan UV, tetapi jika di buat ujikaji di bawah mesin sinar UV Detection, ia sebenarnya tidak mempunyai UV protection sama sekali.

16) Apa beza Ray ban Gred 3A dan gred 5A ?

  • Ray ban replika gred 3A dalam kategori 80percent hampir sama dengan rayban authentic dari segi material untuk frame dan lens. Ciri-ciri markings asal rayban seperti di arms dan bridge rayban dan juga pada lens rayban tersebut. Tetapi bagi aspek ketelitian rayban gred 3A masih kurang.
  • Ray-ban replika gred 5A pula dalam kategori ini 90-99percent hampir sama dengan rayban authentic dari segi material untuk frame dan lens, ciri-ciri markings asal rayban dan juga rasa pakainya. Jika dibandingkan dengan rayban yang dijual di kedai-kedai Optikal di Malaysia, ianya kelihatan sama dari segi fizikal dan kualiti. Kualiti rayban kategori ini dijamin memuaskan hati si pemakai.